Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat lelaki tempatan ditahan
  • TEMPATAN

Empat lelaki tempatan ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Keempat-empat suspek yang ditangkap kerana mengambil dadah.

KUCHING: Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Padawan berjaya menangkap empat warga tempatan keranaterlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, keempat-empat suspek yang berumur di antara 31 hingga 42 tahun ditangkap pada Sabtu, 10.00 malam di sebuah bilik di Batu 12, Jalan Kuching-Serian.

Semua suspek mengaku terlibat dalam penyalahgunaan sejak 2016.

Suspek ditangkap bersama dengan rampasan dua paket plastik kecil berwarna biru yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar sebanyak 0.64 gram.

Pada masa sama, hasil ujian saringan air kencing semua suspek juga didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Semua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek juga mendakwa mereka membeli dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum denda maksimum RM 100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Semua suspek ditahan di Balai Polis Padawan untuk siasatan lanjut.

Continue Reading

Previous: Penganggur ditahan miliki dadah
Next: Tragedi bot karam: Mayat kedua ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.