Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Empat lagi kawasan disanitasi
  • SEMASA

Empat lagi kawasan disanitasi

Utusan Sarawak 5 years ago
JABATAN Bomba dan Penyelamat meneruskan operasi sanitasi di tempat awam di sekitar
Bandar Raya Kuching, semalam.

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Empat lagi kawasan awam di sekitar bandaraya ini terus disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bahagian Kuching, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Tiong Ling Hii berkata, tiga kawasan tersebut ialah Gereja Anglikan, Tabuan Height, Kuching Buddhist Fellowship, Taman Sung Hong, Jalan Tun Razak, Gereja Anglikan Tabuan Jaya dan Zang Xue Yuan, Jalan Tai Shin Jar.

“Di Gereja Anglikan, Tabuan Height, kerja-kerja sanitasi dilakukan diluar dan dalam premis seluas 800 meter persegi melibatkan sembilan anggota Bomba dan enam petugas Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Manakala di Kuching Buddhist Fellowship, Jalan Tun Razak kerja-kerja sanitasi dilakukan di luar dan dalam premis seluas 80 meter persegi melibatkan lima anggota Bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerja-kerja sanitasi turut dilakukan diluar dan dalam premis seluas 800 meter persegi Gereja Anglikan Tabuan Jaya melibatkan sembilan anggota Bomba dan enam petugas MBKS.

“Bomba juga melakukan sanitasi di luar dan dalam premis Zang Xue Yuan, Jalan Tai Shin Jar seluas 1628 meter persegi.

“Kerja ini melibatkan sembilan anggota Bomba,” katanya.
Beliau turut memberitahu, secara keseluruhannya 437 lokasi di seluruh Sarawak telah disanitasi sejak 30 Mac lalu.

Continue Reading

Previous: Agong berkenan adakan sidang video
Next: Taman BDC catat 37 kes jangkitan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.