Empat kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat, Lubok Antu cecah 179

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 8.00 malam ini. Sumber NREB

KUCHING, 12 Oktober: Empat kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 8.00 malam ini, dengan Lubok Antu merekodkan indeks tertinggi iaitu 179.

Sri Aman turut mencatatkan IPU tidak sihat pada paras 162, diikuti Serian (MCAQM) dengan 160 dan Samarahan (138), manakala kebanyakan kawasan lain di Sarawak kekal pada tahap sederhana.

Kuching merekodkan IPU 97, diikuti Lawas (93), Kapit dan Belaga masing-masing 89, Tebedu (86), Samalaju (81), Miri (79), Kanowit (77) dan Lundu (75).

Limbang mencatatkan IPU 74, diikuti Bintulu (71), ILP Miri (68), Mukah (64), Sibu dan Bario masing-masing 61 serta Sarikei (60).

Tiada bacaan IPU bagi Betong dalam data berkenaan.

Berdasarkan pengelasan status IPU, bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan antara 101 hingga 200 berada dalam kategori tidak sihat.

Oleh Adele Rissa