Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • EMPAT KAWASAN PKPD
  • TEMPATAN

EMPAT KAWASAN PKPD

Utusan Sarawak 4 years ago

KUANTAN, 1 April -- Penduduk kampung membuat kerja baik pulih rumah di halaman rumah sementara petugas barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kawalan di sempadan Taman Guru dan Kampung SC yang dipasang dengan kawat duri selepas Taman Guru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengawal pergerakan penduduk selepas jumlah pesakit COVID-19 meningkat di kawasan ini ketika tinjauan fotoBernama dekat sini, hari ini. Petugas barisan hadapan tetap komited dan bekerja tanpa putus asa walaupun ada dalam kalangan mereka telah terkorban dan dijangkiti virus berbahaya demi memerangi pandemik tersebut. Penduduk perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi kita sama-sama mencegah penularan wabak COVID-19 bagi menjamin kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

JPBN Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di empat kawasan.

KUCHING: Daerah Lawas telah kembali berstatus hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan berkata, jumlah daerah berstatus hijau sebanyak empat daerah.

“Daerah Belaga dan Kanowit telah bertukar status kepada merah daripada status jingga setelah masing-masing merekodkan sejumlah 45 kes dan 56 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 18 daerah. Manakala jumlah daerah berstatus jingga telah menurun kepada enam daerah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, Daerah Pusa pula telah bertukar status daripada hijau kepada kuning setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu, semalam. Jumlah daerah berstatus kuning sebanyak 12 daerah.

Sementara itu, JPBN turut memutuskan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di empat kawasan iaitu PKPD Rh. Tang, Teluk Batu Bintangor, Sarikei (16 sehingga 29 April 2021), PKPD Rh. Naning, Sg Baji, Sarikei (16 sehingga 29 April 2021), PKPD Rh. Juni, Ulu Pandanum, Pakan (17 sehingga 30 April 2021) dan PKPD Taman Mesra Bako, Kuching (18 April sehingga 1 Mei 2021).

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Hanya sembilan berdaftar untuk SPS Prihatin Wanita di S’wak
Next: Tindakan tegas langgar SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.