Empat individu berdepan detik cemas, kereta dihempap pokok

Facebook
WhatsApp

MIRI: Empat individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang semasa dalam perjalanan melintasi Jalan Merbau di sini tengah hari tadi. 

Sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri  Sentral segera ke lokasi bagi melakukan operasi penyelamatan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.10 tengah hari. 

Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati terdapat pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Perodua Axia. 

Empat mangsa di dalam kenderaan itu dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Pihak bomba  bertindak memotong dahan pokok menggunakan peralatan khas sebelum mengalihkan dahan terbabit.

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan