Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Empat hari aksi sengit, Kejohanan Muay Thai Piala TYT dan Piala Borneo 2026 melabuhkan tirai
  • SUKAN

Empat hari aksi sengit, Kejohanan Muay Thai Piala TYT dan Piala Borneo 2026 melabuhkan tirai

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman pada majlis penutupan Kejohanan Muay Thai Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak edisi ke-10 dan Piala Borneo 2026 yang berlangsung di Tebingan Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kejohanan Muay Thai Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak edisi ke-10 dan Piala Borneo 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dalam satu majlis penutupan yang berlangsung di Tebingan Kuching, hari ini.

Penganjuran kejohanan selama empat hari bermula 16 April itu bukan sahaja berjaya menghimpunkan atlet tempur dari pelbagai latar belakang, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan serta jaringan persahabatan di peringkat serantau.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman dalam ucapannya berkata, kejohanan berkenaan berjaya memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab sukan tempur yang semakin berprestij dan kompetitif di rantau Borneo.

Menurut beliau, penambahan Piala Borneo dalam edisi kali ini turut meningkatkan impak kejohanan sekali gus membuka ruang lebih luas kepada atlet untuk mengetengahkan bakat ke peringkat lebih tinggi.

“Selain mencungkil bakat baharu, kejohanan ini juga menjadi medium untuk memupuk disiplin, semangat juang serta nilai perpaduan dalam kalangan peserta,” katanya.

Sepanjang penganjuran, pelbagai pengisian sampingan turut diadakan termasuk Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2026 Bahagian Kuching serta seminar bela diri wanita yang memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan keselamatan diri.

Dalam pada itu, Kelab Sting Muaythai muncul juara keseluruhan sekali gus menjuarai Piala Borneo 2026 selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

Mengulas lanjut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua kontinjen dari seluruh Kepulauan Borneo yang mengambil bahagian serta menyifatkan penyertaan tersebut sebagai pemangkin kepada hubungan erat antara wilayah.

Majlis penutupan turut menyaksikan penyampaian Piala TYT dan Piala Borneo kepada pemenang, sekali gus menandakan berakhirnya satu lagi edisi kejohanan yang berjaya mengangkat martabat sukan muay thai di Sarawak.

Kejohanan seumpama ini dijangka terus menjadi platform penting dalam melahirkan atlet berdaya saing di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa selain memperkukuh pembangunan sukan serta perpaduan masyarakat.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Elvis lega kembali temui rentak terjunan
Next: Tiada cuti jika Kuching FC juara, Abang Johari tegaskan keutamaan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.