Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat cedera, lantai rumah runtuh ketika beraya
  • KEMALANGAN

Empat cedera, lantai rumah runtuh ketika beraya

Utusan Sarawak 1 month ago

KUCHING: Suasana meriah sambutan Aidilfitri bertukar cemas apabila lantai di salah sebuah rumah di Kampung Goebilt, runtuh, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata,l pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.10 pagi.

Beliau berkata, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) memberi respons awal sebaik menerima maklumat kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati lantai ruang tamu rumah bertiang jenis tidak kekal telah runtuh.

“Empat orang iaitu dua wanita dan dua lelaki mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum bomba tiba,” katanya.

Menurutnya, enam orang lagi selamat tanpa sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Anggota bomba membuat pemeriksaan pada struktur bangunan dan mendapati keadaan kediaman itu masih selamat diduduki,” katanya.

Ketika kejadian sekitar 11.00 pagi itu, seramai 10 orang sedang beraya di rumah terbabit.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Warga emas ditemukan lemas
Next: Suami, isteri cedera kereta dinaiki terbabas kemudian terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.