Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat cedera dalam insiden tembakan pada malam Krismas
  • GLOBAL

Empat cedera dalam insiden tembakan pada malam Krismas

Utusan Sarawak 5 months ago

LOS ANGELES: Tiga orang cedera akibat tembakan manakala seorang lagi mengalami luka tikaman dalam insiden yang berlaku pada malam Krismas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbour, Arizona, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

Jurucakap polis memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan sekitar 9.45 malam waktu tempatan pada Rabu mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang itu. 

Setibanya di lokasi kejadian, polis mendapati tiga mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan serta seorang lagi mangsa dengan luka tikaman di kawasan tempat letak kereta lapangan terbang itu. 

Seorang wanita dimasukkan ke hospital akibat cedera parah, manakala tiga lelaki dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

Menurut laporan stesen televisyen tempatan KNXV, insiden bermula dengan pertengkaran fizikal dalam kalangan kumpulan sebelum bertukar menjadi insiden berdarah. 

Polis memaklumkan bahawa semua pihak yang terlibat saling mengenali antara satu sama lain. 

Setakat ini, sekurang-kurangnya dua individu telah ditahan berhubung kejadian itu. 

Datuk Bandar Phoenix Kate Gallego dalam kenyataan di platform X pada pagi Khamis, menyifatkan kejadian keganasan domestik di lapangan terbang sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. 

— BERNAMA-XINHUA 

Continue Reading

Previous: Japan Airlines terjejas serangan siber
Next: Gangguan luaran fizikal, teknikal punca nahas pesawat – Azerbaijan Airlines

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.