Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Elak terjerumus kancah sosial
  • WILAYAH

Elak terjerumus kancah sosial

Utusan Sarawak 2 months ago
KEBERKATAN RAMADAN… Mohamad Duri dan yang lain bekerjasama mengagihkan bubur lambuk di Dewan Pejabat Daerah Saratok, petang tadi.
-Foto ADUN KALAKA

SARATOK: Peranan semua pihak dalam membendung aktiviti penyalahgunaan dadah adalah penting bagi membentuk kemenjadian generasi baharu yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara pada masa akan datang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, bagi memastikan ia diperangi, kerjasama di peringkat komuniti dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) penting bagi memerangi musuh nombor satu negara.

Usaha giat perlu diteruskan dan dilaksanakan oleh kerajaan demi memastikan generasi pelapis tidak terjebak dalam gejala sosial yang merugikan.

“Menyedari peranan belia kepada pembangunan negara, usaha memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat wajar dipergiatkan.

“Oleh itu, kerjasama bukan sahaja penting tetapi juga keakraban antara masyarakat setempat bagi memupuk sikap prihatin dalam kalangan komuniti bagi membanteras penyalahgunaan bahan terlarang di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Penyerahan Bubur Lambuk Care For You Jauhi Dadah Hidup Penuh Erti di Dewan Pejabat Daerah Saratok, petang tadi.

CERIA… Mohamad Duri dan yang lain merakam kenangan di Dewan Pejabat Daerah Saratok, petang tadi. -Foto ADUN KALAKA

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Saratok dengan kerjasama Jawatankuasa One Stop Comitte (OSC) bagi menangani isu dadah dan substance (MIDS) Daerah Saratok serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Melayu Daerah Saratok.

Ia merupakan inisiatif tahunan dalam menyemarakkan semangat Ramadan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya dadah.

Antara pengisian menarik selain daripada acara gotong-royong oleh KMKK Melayu Saratok dalam menyediakan bubur lambuk, turut diadakan penyampaian bakul makanan sumbangan daripada Pemanca Lim Guan Ann dan duit raya kepada 30 penerima daripada golongan asnaf Daerah Saratok.

Turut hadir, Pegawai Daerah Saratok yang juga Pengerusi PEMADAM Daerah Saratok dan Jawatankuasa OSC MIDS Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid, Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, Mohd Isselahuddin Kameri serta Pemanca Sahari Gani.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Penemuan mayat kanak-kanak lemas
Next: 33 JKKK, Biro Wanita terima geran MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.