Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Elak sebarang musibah, pastikan pendawaian kediaman bersesuaian kapasiti elektrik
  • WILAYAH

Elak sebarang musibah, pastikan pendawaian kediaman bersesuaian kapasiti elektrik

Utusan Sarawak 11 months ago
MENELITI LAPORAN… Awang Tengah di Kampung Pemukat meneliti laporan kebakaran melibatkan enam rumah yang dipercayai berpunca daripada litar pintas, semalam.

LAWAS: Pemilik rumah atau kediaman perlu memastikan pendawaian kediaman mereka sesuai dengan kapasiti penggunaan elektrik yang betul.

Bagi pendawaian rumah baharu atau pendawaian semula rumah lama juga perlu dilakukan oleh mereka yang bertauliah atau memiliki lesen yang sah bagi mengelak sebarang musibah.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan kepentingan pemilik rumah memeriksa keadaan pendawaian kediaman mereka yang telah berusia lebih 10 tahun.

“Jadi satu perkara yang harus diperhatikan ialah dari segi pendawaian.

“Saya selalu menasihatkan pemilik rumah baharu agar pendawaiannya harus dibuat oleh orang yang ada kelayakan jangan kita pikir ..ini murah ini mahal ..tapi jika kita tidak hati-hati ini akan menjadi punca kebakaran.

“Saya juga sering nasihatkan pendawaian yang sudah lama ini harus dibuat pendawaian yang baharu dan saya tahu ada yang mampu ada yang dan ada tidak mampu.

“Jadi kita akan cari jalan bagaimana untuk membantu sikit-sikit,” katanya ketika ditemui media di Kampung Pemukat Kuala Lawas, malam tadi.

Kebakaran melibatkan enam rumah itu menjejaskan 82 penghuni rumah.

Kebakaran di kampung yang didirikan atas air di tebing Sungai Lawas dapat dikawal oleh dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dan BBP Daerah Sipitang Sabah.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Pembinaan Jambatan Lupar II dijangka siap 2 Julai tahun depan
Next: Projek pembinaan parit tertutup RM282,896 dijadual siap 9 November depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.