Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Elak makan kupang, kerang sementara waktu – Aminuddin
  • NASIONAL

Elak makan kupang, kerang sementara waktu – Aminuddin

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Seri Aminuddin Harun.

SEREMBAN: Orang ramai di negeri ini dinasihatkan mengelak daripada memakan kupang atau kerang terutama dari perairan Port Dickson untuk sementara waktu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ini berikutan Jabatan Perikanan (DOF) masih menjalankan pemerhatian dan analisis terhadap air dan kupang di kawasan terlibat.

“Dulu kita biasa dengar tentang keracunan membabitkan kupang dan kerang, sudah lama tak terjadi dan kali ini berlaku lagi di Port Dickson. DOF telah maklumkan puncanya…kita juga tahu di kawasan tersebut banyak penternak kupang dan kita harap masyarakat elakkan makan hingga isu ini selesai.

“Untuk tindakan selanjutnya, kerajaan negeri akan tengok macam mana sebab kita pun belum dapat maklumat sepenuhnya daripada DOF negeri termasuk jumlah penternak terlibat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata, sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jualan Semarak Syawal Agro MADANI ringankan beban pengguna menjelang Aidilfitri
Next: CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas (SPI) di 19 lapangan terbang seluruh negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.