Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Kerjaya perkapalan tarik minat anak muda, tawar peluang jelajah dunia
  • SEMASA

Eksklusif: Kerjaya perkapalan tarik minat anak muda, tawar peluang jelajah dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGAMAL industri perkapalan, Muttalip Kamal berkata kerjaya dalam bidang perkapalan semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan golongan muda yang gemarkan cabaran serta berani menghadapi risiko ketika belayar jauh merentasi lautan.

SIBU: Kerjaya dalam bidang perkapalan semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan golongan muda yang gemarkan cabaran serta berani menghadapi risiko ketika belayar jauh merentasi lautan.

Seorang pengamal industri perkapalan, Muttalip Kamal berkata, selain faktor gaji yang menarik, bidang tersebut turut membuka peluang kepada individu untuk mencabar diri keluar dari zon selesa serta meneroka dunia yang baharu.

“Bidang perkapalan ini bukan sekadar pekerjaan biasa. Kita belajar banyak perkara di laut termasuk mengenali budaya masyarakat di pelbagai negara. Dalam masa sama, kita bekerja sambil melancong,” katanya ketika ditemu ramah Utusan Sarawak, hari ini.

Beliau menegaskan, kekuatan mental merupakan aspek paling penting bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang berkenaan kerana mereka perlu bersedia berdepan tekanan serta berpisah dengan keluarga untuk tempoh tertentu mengikut kontrak.

Menurutnya, terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi sebelum memulakan kerjaya di atas kapal, termasuk memastikan tahap kesihatan berada pada tahap optimum.

“Selepas lulus pemeriksaan kesihatan, individu perlu mengikuti latihan Standard of Training Certification and Watchkeeping (STCW) sebelum layak bekerja sebagai kru kapal seperti Ordinary Seaman (OS) atau Able Seaman (AB),” jelasnya.

Tambahnya, bagi mencapai tahap lebih tinggi, pelaut perlu mengumpul pengalaman belayar atau ‘sea time’ dalam tempoh tertentu serta mengikuti latihan lanjutan.

“Sebagai contoh, bagi laluan domestik, sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman diperlukan sebelum melangkah ke peringkat seterusnya seperti Kursus Sijil Kemahiran Perkapalan (SKO) untuk pelaut, yang merangkumi Watchkeeping Officer (WKO), diikuti peluang menyambung ke tahap lebih tinggi melalui program gabungan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kemudahan latihan yang disediakan di pusat latihan maritim seperti TCCS yang disifatkan lengkap dan memenuhi piawaian ditetapkan.

“Fasiliti yang disediakan termasuk simulator serta tenaga pengajar berpengalaman benar-benar membantu pelatih memperoleh pengetahuan menyeluruh. Persekitaran pembelajaran juga sangat positif,” ujarnya.

Mengulas prospek industri, beliau berharap lebih ramai anak muda merebut peluang dalam bidang tersebut yang menawarkan pelbagai laluan kerjaya.

“Ramai yang masih belum tahu potensi sebenar industri ini. Sama ada bermula sebagai kadet melalui pengajian diploma atau dari peringkat bawah sebagai rating, peluang untuk berkembang memang luas.

“Paling menarik, kita berpeluang bekerja sambil menjelajah dunia,” katanya.

Muttalip, 35, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah merupakan antara 14 orang pelatih yang berjaya menamatkan kursus Chief Mate and Master 3000 GT Near Coastal Voyages di Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd.

Selain itu, seramai empat orang pelatih berjaya menamatkan kursus Watchkeeping Engineer 750kW Near Coaster Voyages dan 22 pelatih menamatkan kursus Mate Domestic 500GT (open).

Majlis penyampaian sijil kepada semua pelatih yang berlangsung di institut latihan tersebut di Jalan Wawasan telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Laut Sibu, Jasri M Shah.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd Bhd, James Ho.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak, Jepun tingkat kerjasama dalam bidang pendidikan
Next: Pelatih perkapalan disaran rebut peluang industri maritim, Malaysia masih kekurangan tenaga kerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.