Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelatih perkapalan disaran rebut peluang industri maritim, Malaysia masih kekurangan tenaga kerja
  • SEMASA

Pelatih perkapalan disaran rebut peluang industri maritim, Malaysia masih kekurangan tenaga kerja

Utusan Sarawak 3 hours ago
REBUT PELUANG… Ketua Penolong Pengarah Jabatan Laut Sibu, Jasri M. Shah (duduk, empat kiri) merakam kenangan bersama pelatih yang berjaya menamatkan kursus Chief Mate and Master 3000 GT Near Coastal Voyages. Turut kelihatan ialah Pengarah Urusan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd Bhd, James Ho (duduk tiga kiri).

SIBU: Pelatih dalam industri perkapalan disaran agar tidak gentar meneroka kerjaya dalam industri maritim yang menawarkan peluang luas serta masa depan cerah, meskipun berdepan cabaran bekerja jauh dari keluarga.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Laut Sibu, Jasri M. Shah berkata kejayaan menamatkan kursus tersebut membuktikan keupayaan pelatih mengharungi latihan yang mencabar serta memerlukan disiplin tinggi.

“Bidang ini bukan sesuatu yang mudah, namun mereka yang berjaya menamatkan kursus telah membuktikan ketahanan diri, kecekalan dan kesungguhan untuk terus maju dalam industri pelautan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Penyampaian Tamat Kursus Chief Mate and Master 3000 GT Near Coastal Voyages, Watchkeeping Engineer 750kW Near Coaster Voyages dan Mate Domestic 500GT (open) di Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd Bhd, Jalan Wawasan, hari ini.

Jasri turut menegaskan bahawa sijil yang diperolehi pelajar diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan membolehkan mereka bekerja di pelbagai jenis kapal, termasuk kapal tempatan dan antarabangsa.

“Jangan bimbang mengenai pengiktirafan sijil. Apa yang lebih penting ialah kemampuan, sikap serta keupayaan bekerja di atas kapal dalam apa jua keadaan,” ujarnya.

Beliau berkata, Malaysia masih kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkapalan berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

“Ini membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menceburi bidang tersebut,” ujarnya lagi.

Jasri menggalakkan para pelatih berkongsi peluang kerjaya berkenaan dengan rakan-rakan lain agar lebih ramai belia berminat menyertai industri maritim.

Katanya, kos pengajian dalam bidang pelautan juga dilihat lebih berpatutan berbanding program diploma di institusi pengajian tinggi lain, namun tetap menawarkan pulangan kerjaya yang kompetitif.

“Walaupun terdapat cabaran seperti berjauhan dengan keluarga, kerjaya ini menjanjikan ganjaran yang setimpal jika seseorang itu mampu mengurus masa, kewangan dan tanggungjawab dengan baik,” ujarnya.

Katanya lagi, Jabatan Laut Malaysia akan terus menyokong institusi latihan maritim dalam usaha melahirkan lebih ramai pelaut tempatan yang berkualiti dan berdaya saing.

Beliau berharap semua pelatih dapat memanfaatkan peluang yang ada dan terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang pelautan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd Bhd, James Ho dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pelatih kerana telah memberikan kepercayaan untuk mengikuti latihan dalam industri perkapalan di institut latihan tersebut.

“Kejayaan ini adalah berkat daripada hasil kerja keras anda semua. Terima kasih kerana memilih kami (Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd Bhd) sebagai pilihan untuk mengikuti latihan perkapalan,” ujarnya.

Beliau berharap para pelatih memanfaatkan semua kamahiran yang diperolehi dalam alam pekerjaan sebenar.

Pada majlis tersebut, seramai 14 pelatih berjaya menamatkan kursus Chief Mate and Master 3000 GT Near Coastal Voyages, manakala empat pelatih menamatkan kursus Watchkeeping Engineer 750kW Near Coastal Voyages dan seramai 22 pelatih turut menamatkan kursus Mate Domestic 500GT (Open).

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kerjaya perkapalan tarik minat anak muda, tawar peluang jelajah dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.