Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Cetus tarikan tersendiri, Abang Ajibi Abang Morshidi teruskan tradisi 30 tahun lalu
  • INSPIRASI

Eksklusif: Cetus tarikan tersendiri, Abang Ajibi Abang Morshidi teruskan tradisi 30 tahun lalu

Utusan Sarawak 2 months ago
ABANG Ajibi merakam gambar kenangan bersama 45 koleksi kek lapis Sarawak sempena Aidilfitri, tahun ini.
Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Jika setahun yang lalu, lelaki ini menyediakan 48 jenis kek lapis Sarawak untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari lebaran, bagaimanapun jumlahnya hanya 45 jenis tahun ini, ia tetap jumlah yang banyak.

Abang Ajibi Abang Morshidi dari Kampung Hilir Simanggang, berkata beliau bersemangat melakukannya demi meraikan tetamu serta ‘berkongsi rezeki’ pada sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini saya sediakan 45 jenis kek lapis berbanding 48 jenis pada tahun lepas, antaranya ialah kek Fazura, valava, sabok Tun Razak, rambo, kek lapis India dan banyak lagi.

“Tetamu yang datang ada yang saya kenal, tetapi ada yang langsung saya tidak kenal mereka datang dibawa oleh rakan untuk merasai kek lapis yang dihidangkan serta mengambil gambar,” katanya ketika ditemui hari ini.

Abang Ajibi, berkata untuk menyiapkan sebanyak 45 kek lapis itu, beliau bertungkus lumus mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum Aidilfitri menjelang.

“Saya bersama beberapa orang rakan saya bekerjasama mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan kesemua 45 jenis kek lapis Sarawak ini sebelum Aidilfitri tiba iaitu bermula 15 Ramadan baru-baru ini.

SEBANYAK 45 jenis kek lapis Sarawak disediakan oleh Abang Ajibi Abang Morshidi dari Kampung Hilir Simanggang sempena Aidilfitri, tahun ini. Antaranya, kek Fazura, valava, sabok Tun Razak, rambo, kek lapis India dan banyak lagi. Foto Adi Safarman

“Yang penting saya puas dapat menghidangkan pelbagai jenis kek lapis Sarawak sambil berkongsi rezeki kepada para pengunjung walaupun tidak dinafikan terpaksa berbelanja besar untuk menyediakan kesemua kek tersebut,” katanya.

Abang Ajibi, berkata setakat sambutan Aidilfitri yang memasuki hari keempat hari ini, pengunjung daripada pelbagai kaum telah bertandang ke kediaman beliau untuk merasai pelbagai kek lapis yang disediakan, tahun ini.

ABANG Ajibi Abang Morshidi menghidangkan kek lapis Sarawak, hasil air tangan beliau kepada pengunjung yang bertandang ke kediamannya sempena Aidilfitri, tahun ini. Foto Adi Safarman  

Bercerita lanjut, jelasnya, tradisi menyediakan kek lapis Sarawak dalam kuantiti banyak telah diamalkan sejak 30 tahun lalu.

“Bermula 1995, saya hanya membuat kek biasa-biasa sahaja dalam kuantiti tidak banyak, dan tahun-tahun selepas itu saya mendapat idea untuk membuat tarikan tersendiri iaitu berbeza dengan orang lain dengan menyediakan kek lapis Sarawak dengan jumlah yang banyak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Ajibi turut menerima tempahan membuat kek lapis Sarawak pada sambutan perayaan lain seperti Gawai Dayak, Krismas, dan Tahun Baharu Cina.

“Bila tibanya sambutan ketiga-tiga perayaan itu, saya tidak menang tangan menyiapkan tempahan daripada pelanggan dan harga mengikut permintaan jenis kek lapis yang dimahukan oleh pelanggan,” ujarnya.

Pada musim Aidilfitri tahun depan, Abang Ajibi menjangkakan akan menyediakan lebih daripada 45 kek lapis Sarawak untuk meraikan tetamu yang bertandang ke rumahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kutip sampah pakai kimono
Next: Cabaran wartawan di lokasi paip gas terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.