KUCHING: Bank Pelaburan Eropah (EIB) dan Delegasi Kesatuan Eropah (EU) memohon kerjasama perkukuhkan sokongan untuk tindakan yang jelas terhadap pembangunan iklim di Sarawak.
Menurut kenyataan media Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni hari ini, bertujuan mencari kemungkinan perkongsian dengan Sarawak untuk bersama membangunkan tenaga mampan serantau serta Inisiatif penyelesaian berasaskan Alam.
EU melihat Malaysia sebagai teras dalam strategi Indo-Chinanya dan berharap untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam memajukan wawasannya, selaras dengan pelancaran Strategi Pembangunan 2030 Pasca Covid-19 (PCDS 2030) di samping gas, hidrogen dan tenaga hijau Sarawak.
Delegasi kunjungan hormat itu terdiri daripada Menteri Kaunselor Delegasi EU kepada Thailand Daniel Hachez, Kaunselor Pertama bagi Delegasi EU ke Malaysia Francesco Floris, Pegawai Program (Kerjasama) Delegasi EU ke Thailand, Francesca Gilli dan Saroj Srisai, Ketua Perwakilan Serantau EIB untuk Asia Tenggara dan Pasifik Sunita Lukkhoo, Ketua Unit Bioekonomi (CBE) MIDA Timothy Ong dan Timbalan Pengarah Bahagian Kimia & Bahan Termaju MIDA Hazwanie Hassan.