Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ee Wei damba keajaiban untuk pertahan gelaran dunia
  • SUKAN

Ee Wei damba keajaiban untuk pertahan gelaran dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN beregu campuran nombor satu negara Toh Ee Wei bercakap pada sidang media mengenai sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran nombor satu negara yang mengalami kecederaan, Toh Ee Wei enggan menutup peluang untuk mempertahankan gelaran Kejuaraan Dunia di New Delhi dan menyertai Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Sebaliknya, Ee Wei masih mendambakan keajaiban walaupun kini berdepan kekangan masa untuk pulih daripada koyakan separa ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kirinya.

“Saya tak boleh nak pastikan sama ada akan sertai (kejohanan itu) mungkin perlu berdoa semoga ada keajaiban. Sebagai atlet sudah tentu saya nak sertai, tetapi mengalami kecederaan bila pertandingan semakin hampir,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Ee Wei masih menunggu penilaian pengimejan resonans magnetik (MRI) sama ada perlu menjalani pembedahan atau sebaliknya.

Baru-baru ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Ee Wei mengalami kecederaan ketika beraksi pada suku akhir Terbuka Singapura 2026.

Kejuaraan Dunia akan berlangsung dari 17 hingga 23 Ogos, manakala Sukan Asia dijadualkan dari 19 September hingga 4 Oktober depan.

Walaupun cuba kekal positif, Ee Wei mengakui kecederaan itu memberikan kesan kepada emosinya.

“Semua yang berlaku ada sebabnya. Mungkin ini masa saya untuk berehat dan apa yang saya boleh buat hanyalah kekal berdisiplin serta melakukan apa yang jurulatih dan fisioterapis nasihatkan,” katanya.

Berikutan itu, gandingannya Chen Tang Jie akan digandingkan sementara dengan Clarissa San pada Terbuka China di Jiangsu dari 21 hingga 26 Julai.

Ee Wei turut merakamkan penghargaan kepada Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Datuk Seri Lee Chong Wei atas sokongan yang diberikan sepanjang proses pemulihannya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Korea Selatan tewaskan Republik Czech untuk permulaan meyakinkan di Piala Dunia
Next: Mora jadi pemain termuda Mexico di Piala Dunia pada usia 17 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.