
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei mengalami kecederaan lutut ketika beraksi pada suku akhir Terbuka Singapura minggu lepas.
BAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hasil pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mendapati Ee Wei mengalami koyakan separa ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kiri.
“Susulan itu, Toh Ee Wei bersama pasangan beregu campurannya Chen Tang Jie menarik diri daripada kejohanan Terbuka Indonesia 2026,” menurut kenyataan berkenaan.
Ee Wei dijadual menjalani pemeriksaan susulan MRI pada Jumaat sebelum pasukan perubatan BAM menentukan kaedah rawatan dan program pemulihan yang sesuai.
-Bernama