Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Edward Luwak letak jawatan
  • TEMPATAN

Edward Luwak letak jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago

oznorWO

LETAK JAWATAN… Bekas pengerusi DAP Cawangan Serian, Edward Luwak meletak jawatan selepas sembilan tahun bersama DAP.

KUCHING: Bekas pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Serian, Edward Andrew Luwak meletak jawatan berikutan tiada kesefahaman dengan parti.

Ketika dihubungi Utusan Sarawak, Edward berkata, beliau akan berehat buat seketika sebelum membuat keputusan mengenai masa depan beliau.

Edward memberitahu keputusan keluar parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung pada 22 Jun lalu dan membuat satu salinan kepada pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Edward yang nampak kecewa berkata, terdapat perbezaan pendapat di antara beliau dengan pimpinan parti.

Namun, Edward enggan memberitahu lanjut berkenaan perbezaan tersebut sebaliknya memberitahu mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan meletak jawatan.

Beliau menyertai DAP pada Julai 2011 dan membangkitkan Cawangan Serian yang sekian lama tidak aktif.

Edward yang berkecimpung sepenuh masa dalam politik bertanding dalam tiga pilihan raya sebelum ini dan tewas.

Beliau berharap akan sentiasa sihat supaya beliau dapat berkhidmat kepada rakyat sambil memberi jaminan bahawa beliau akan terus menyuarakan masalah rakyat.

Edward berkata, Serian masih memerlukan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam serta perkhidmatan agensi kerajaan.

Manakala, Chong yang dihubungi berkata, beliau akan membuat satu kenyataan kelak.

Continue Reading

Previous: Pembetung tersumbat perlu diselenggara
Next: Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.