Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eddy Nayoi dilantik pengerusi baharu, angkat sumpah berlangsung lancar
  • TEMPATAN

Eddy Nayoi dilantik pengerusi baharu, angkat sumpah berlangsung lancar

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BAU: Majlis Angkat Sumpah Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Ahli-ahli Majlis Daerah Bau bagi tempoh lantikan dari 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028 telah berlangsung dengan tertib dan lancar di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bau, hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap barisan kepimpinan baharu dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat tempatan.

Dalam majlis berkenaan, Eddy Nayoi telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Daerah Bau yang baharu, manakala Yurichson @ Batoe Rongi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi untuk penggal tiga tahun tersebut.

Pelantikan ini disifatkan sebagai langkah penting ke arah memastikan kelangsungan pentadbiran yang cekap serta pelaksanaan inisiatif pembangunan yang mampan di kawasan Bau dan sekitarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep, ADUN Batu Kitang Dato Ir. Lo Khere Chiang, ADUN Serembu Miro Simuh, ADUN Opar, Billy Sujang serta Setiausaha Majlis Daerah Bau, Ong Chin Ping.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RECODA rancang laksana projek SIP2 tarik pelaburan ekonomi hijau
Next: Tender projek Jambatan Long Jekitan keluar bulan depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.