Polis Sarawak diingatkan terima semua laporan, percepat siasatan

Facebook
WhatsApp
AMANAT…Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan November 2026 di Kuching hari ini. Foto IPK Sarawak

KUCHING, 25 November: Anggota polis di Sarawak diingatkan supaya tidak menolak laporan orang awam, selain lebih proaktif dalam mempercepat proses siasatan kes.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak berkata, setiap laporan dan aduan hendaklah diterima tanpa prejudis sebelum disalurkan kepada jabatan atau daerah yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, anggota polis tidak seharusnya mengarahkan pengadu ke balai polis lain hanya kerana kejadian berlaku di luar kawasan pentadbiran masing-masing.

“Orang datang ke balai polis kerana mereka mempunyai masalah. Jangan apabila mereka datang kepada kita, kita pula menambah masalah mereka. Ingat, tugas kita adalah memudahkan urusan orang ramai, bukan menyukarkan urusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan November 2026 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas perhimpunan berkenaan, Saifullizan mengakui menerima rungutan masyarakat berhubung kelewatan siasatan serta kegagalan memberikan maklum balas mengenai perkembangan kes.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai penyiasat mengambil serius teguran berkenaan dan mempercepat proses siasatan tanpa menjejaskan mutu serta profesionalisme penyiasatan.

Katanya, sistem pemantauan kertas siasatan juga perlu dipertingkatkan bagi mengenal pasti kes tertunggak serta memastikan tindakan segera diambil tanpa menunggu rungutan daripada masyarakat.

Oleh Norman B

Secebis Syurga Yang Hilang

MALAM itu pekat, sepekat lumpur dosa yang membalut tubuh Zizi selama hampir sedekad. Di sudut bilik yang hanya diterangi cahaya