Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak sasar pelancong India, Asia Barat
  • SEMASA

DUN: Sarawak sasar pelancong India, Asia Barat

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan timbalannya di dua dua kementerian. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan pelancong dari India dan Asia Barat dalam segmen pasaran baharu kerana populasi pengembara yang semakin meningkat dengan kuasa perbelanjaan lebih tinggi dan pelbagai kepentingan. 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pasaran pelancongan keluar India yang berkembang pesat, didorong oleh populasinya yang besar, muda, dan celik digital, perbelanjaan kuasa yang tinggi , kelas pertengahan yang semakin berkembang.

Katanya, minat mereka dalam sektor pelancongan khususnya memanfaatkan destinasi global seperti Sarawak dengan infrastruktur lebih baik dan pilihan e-visa yang boleh diakses.

“Oleh itu, STB terlibat dengan 64 penerbit filem terkemuka dari Persatuan Penerbit Filem India Selatan untuk menarik mereka memilih Sarawak sebagai lokasi penggambaran seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Abdul Karim berkata hasil daripada inisiatif itu sangat berjaya dan mengagumkan.

Katanya, pada 2024, kadar pertumbuhan untuk pelbagai pasaran serantau menyaksikan Eropah meningkat sebanyak 12.14 peratus, Asia Utara mengalami peningkatan ketara sebanyak 58.63 peratus, manakala pasaran baharu naik 75.31 peratus, pasaran ASEAN berkembang 44.58 peratus, dan pasaran domestik meningkat 3.89 peratus.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak mahu capai 5 juta pelawat 2025, banding 4 juta tahun ini
Next: Anwar, Macron adakan pertemuan dua hala di G20

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.