Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak perluas program antipenipuan dalam talian, sasar 3,600 peserta tahun ini
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak perluas program antipenipuan dalam talian, sasar 3,600 peserta tahun ini

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak mempergiat usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan dalam talian dan jenayah siber menerusi pelaksanaan 12 Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) tahun ini dengan sasaran penyertaan seramai 3,600 peserta di seluruh negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program tersebut dilaksanakan sebagai langkah berterusan memperkukuh literasi digital dan kesedaran jenayah siber dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.

Menurutnya, kesedaran berkaitan penipuan dalam talian dan keselamatan digital kini menjadi antara fokus utama kementerian berikutan peningkatan kes penipuan dalam talian dan ancaman jenayah siber.

“Program ini memberi pendedahan kepada komuniti melalui ceramah, pameran dan kaunter khidmat nasihat berkaitan isu penipuan dalam talian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata, bagi 2025, sebanyak tiga program RPS telah dilaksanakan melibatkan 702 peserta.

Dalam masa sama, kementerian melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) turut memperkukuh literasi digital menerusi Kursus Literasi Antipenipuan dan Literasi Digital untuk Wanita Warga Emas.

Fatimah berkata, susulan sambutan memberangsangkan, sasaran penyertaan bagi 2026 telah ditingkatkan kepada 700 peserta menerusi lapan kursus berbanding 550 peserta dan tujuh kursus tahun sebelumnya.

Menurutnya, program berkenaan penting bagi memastikan masyarakat lebih berwaspada terhadap taktik penipuan digital yang semakin kompleks.

Beliau berkata, pendekatan pendidikan dan kesedaran perlu diperkasa seiring perkembangan teknologi supaya rakyat tidak mudah menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri turut memperkenalkan Sistem Pengurusan Kes Bersepadu Isu Sosial (ISICMS) bagi memastikan pengurusan dan rujukan kes sosial dilaksanakan secara lebih cepat dan sistematik.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 April lalu, sebanyak 4,558 kes berjaya dirujuk melalui sistem tersebut hasil kerjasama pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Fatimah berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,315 individu berjaya menerima intervensi dan bantuan diperlukan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DUN: Tanah NCR terus diperkasa pacu ekonomi luar bandar
Next: DUN: Sarawak perkukuh sistem pengairan, tingkat produktiviti pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.