Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Tanah NCR terus diperkasa pacu ekonomi luar bandar
  • TEMPATAN

DUN: Tanah NCR terus diperkasa pacu ekonomi luar bandar

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Stephen Rundi Utom ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto: UKAS

PETRA JAYA: Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terus memainkan peranan strategik sebagai benteng terakhir pembangunan tanah di Sarawak dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh sekuriti makanan serta mempercepat transformasi luar bandar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan kekal komited membangunkan tanah NCR yang terbiar dan kurang dimanfaatkan secara produktif serta mampan tanpa menjejaskan hak dan kepentingan pemilik tanah.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 953,373 hektar tanah NCR telah dibangunkan bagi tujuan pertanian komersial berskala besar menerusi pelbagai pendekatan melibatkan agensi seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), syarikat swasta serta petani individu.

Katanya, usaha pembangunan itu melibatkan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM81 juta bagi 2025.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, pengurusan dan pembangunan tanah NCR memerlukan pendekatan holistik serta penyelarasan menyeluruh melibatkan aspek perundangan, ekonomi, sosial, alam sekitar dan tadbir urus.

Sehubungan itu, setiap permohonan pembangunan tanah NCR akan dinilai dan diluluskan menerusi Jawatankuasa Sehenti Pembangunan Tanah NCR bagi kawasan di bawah 100 hektar.

Bagi kawasan melebihi 100 hektar pula, permohonan akan dipertimbangkan oleh Pasukan Petugas Negeri Pembangunan Tanah NCR.

Tambah beliau, syarikat swasta yang ingin melabur dalam pembangunan tanah NCR turut diwajibkan menjalani penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Pelaburan.

Katanya, penilaian itu penting bagi memastikan syarikat terbabit memiliki kredibiliti, kepakaran, keupayaan teknikal serta kapasiti kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan projek dengan jayanya.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Pertanian Sarawak terus kukuh pacu ekonomi luar bandar
Next: DUN: Sarawak perluas program antipenipuan dalam talian, sasar 3,600 peserta tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.