Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak perkukuh sistem pengairan, tingkat produktiviti pertanian
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak perkukuh sistem pengairan, tingkat produktiviti pertanian

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh pembangunan infrastruktur pertanian melalui pelaksanaan projek saliran dan pengairan berskala besar bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian serta memperkasakan komuniti luar bandar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak telah diperuntukkan RM1.0 bilion menerusi pelbagai program pembangunan negeri, selain tambahan RM10 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Menurut beliau, peruntukan tersebut digunakan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk naik taraf infrastruktur pertanian sedia ada, penambahbaikan ban pesisir, pembangunan skim pertanian baharu serta penyediaan pelan induk bagi skim saliran dan pengairan.

“Kesemua usaha ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 petani dan komuniti luar bandar di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya turut menerima permintaan tinggi daripada petani di seluruh negeri bagi pembinaan baharu, penyelenggaraan serta naik taraf jalan ladang yang menjadi komponen penting dalam memperkukuh sektor pertanian luar bandar.

Jelasnya, jalan ladang berperanan penting dalam meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan pertanian dan pasaran, di samping mengurangkan kos pengangkutan serta kerugian selepas menuai.

“Penyediaan infrastruktur yang lebih baik turut menyokong pertumbuhan ekonomi luar bandar, meningkatkan mobiliti serta menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor pertanian,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri terus memberi keutamaan kepada peluasan dan penaiktarafan rangkaian jalan ladang di seluruh Sarawak.

Bagi 2026, RM103.3 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bagi pelaksanaan lebih 300 projek jalan ladang melibatkan jarak melebihi 1,900 kilometer, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 18,000 petani.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jumlah itu masih belum mencukupi berikutan permintaan yang tinggi, dengan kementerian menerima sebanyak 841 permintaan projek jalan ladang melibatkan panjang keseluruhan 3,428 kilometer dan anggaran kos RM347 juta.

“Permintaan baharu dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak perluas program antipenipuan dalam talian, sasar 3,600 peserta tahun ini
Next: DUN: Sarawak perkukuh persediaan ke arah negeri menua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.