Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak perkukuh persediaan ke arah negeri menua
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak perkukuh persediaan ke arah negeri menua

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Sarawak memperkukuh pelbagai inisiatif bagi menghadapi cabaran negeri menua termasuk memperluas jaringan sokongan komuniti, penjagaan kesihatan serta program kesejahteraan warga emas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan terhadap keterangkuman sosial.

Menurutnya, dapatan kajian melibatkan 6,094 responden di seluruh Sarawak turut mengenal pasti keperluan memperkukuh aspek kesihatan komuniti, perlindungan sosial dan sokongan penjaga keluarga.

“Sehubungan dengan itu, kementerian telah melaksanakan sesi libat urus dan bengkel bersama rakan strategik serta pemegang taruh bagi menyelaras pelan tindakan sebagai persediaan Sarawak ke arah negeri menua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Setakat 30 April lalu, sebanyak 30 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lapan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) giat beroperasi di seluruh Sarawak dengan penglibatan lebih 20,000 warga emas menerusi pelbagai aktiviti komuniti.

Fatimah berkata, seramai 380,626 warga emas kini merupakan pemegang Kad Emas Kenyalang (KGC), manakala lebih 30,000 waris menerima Bantuan Ihsan Kematian melibatkan peruntukan RM79.9 juta.

Selain itu, seramai 226,801 warga emas telah berdaftar di bawah Skim Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB) dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM86.3 juta sejak skim itu diperkenalkan pada Ogos 2024.

Dalam masa sama, Program Warga Emas – We CARE For You yang pertama berjaya menghimpunkan 289 warga emas di Dewan Serbaguna Taman Sukma pada 4 April lalu.

Menurut Fatimah, program itu bukan sahaja menjadi platform penyampaian perkhidmatan, malah ruang menyantuni warga emas menerusi sokongan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan sosial.

Katanya, kementerian juga akan melaksanakan Kursus Penjagaan Asas Warga Emas di Kabong dan Kanowit selain program berkaitan penjagaan demensia di Kuching tahun ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak perkukuh sistem pengairan, tingkat produktiviti pertanian
Next: SOPPOA gesa kerajaan semak semula pelaksanaan FWTA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.