Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak perkukuh sekuriti makanan, RUU padi jadi pemangkin kestabilan bekalan beras
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak perkukuh sekuriti makanan, RUU padi jadi pemangkin kestabilan bekalan beras

Utusan Sarawak 4 hours ago
SAFIEE Ahmad (GPS-Daro) membahas RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 memainkan peranan penting dalam menjamin sekuriti makanan negeri, selain melindungi kepentingan petani kecil termasuk pengusaha tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Safiee Ahmad (GPS-Daro) berkata penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sarawak (SPRB) akan memperkukuh rantaian pengeluaran makanan melalui pendekatan lebih tersusun, sekali gus memastikan bekalan beras lebih stabil dan tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Ini bukan sahaja soal pengeluaran padi, tetapi soal menjamin bekalan makanan yang stabil untuk rakyat dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan,” katanya.

Tambah beliau, RUU itu turut membuka ruang kepada pemodenan sektor pertanian melalui kerjasama awam-swasta (PPP), penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) serta pembangunan agroekonomi berasaskan inovasi.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, hari ini.

WILFRED Yap (GPS-Kota Sentosa) membahas RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

Sementara itu, Wilfred Yap (GPS-Kota Sentosa) menegaskan bahawa usaha mencapai tahap sara diri beras sebanyak 60 peratus menjelang 2030 bukan sekadar agenda pertanian, sebaliknya langkah strategik dalam memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya pengguna di kawasan bandar yang semakin terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, isu sekuriti makanan tidak wajar dilihat sebagai masalah luar bandar semata-mata kerana penduduk bandar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri turut menerima impak langsung apabila berlaku gangguan rantaian bekalan global serta kenaikan harga makanan import.

“Apabila harga makanan meningkat, pengguna bandar akan segera merasai tekanannya menerusi kenaikan harga di pasar, restoran dan gerai makanan.

“Oleh itu, peningkatan pengeluaran beras tempatan amat penting bagi memastikan rakyat Sarawak terus menikmati bekalan makanan pada harga berpatutan,” katanya ketika membahaskan RUU berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Duri (GPS-Kalaka) menegaskan bahawa tanaman padi tidak lagi boleh dilihat sebagai aktiviti pertanian biasa, sebaliknya merupakan tunjang kepada kedaulatan makanan negeri dan negara.

MOHAMAD Duri (GPS-Kalaka) membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

“Sesungguhnya, RUU ini amat relevan kerana tanaman padi bukan sekadar aktiviti pertanian biasa. Ia berkait langsung dengan keselamatan makanan, kelangsungan ekonomi rakyat, warisan budaya dan kedaulatan sesebuah negeri,” katanya.

Beliau menegaskan usaha memperkukuh industri padi perlu dilihat dalam konteks jangka panjang bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import beras.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: IPD Kuching tekankan disiplin, integriti dan profesionalisme
Next: DCCI sifatkan pemergian Datuk Douglas Sullang kehilangan besar komuniti perniagaan Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.