Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IPD Kuching tekankan disiplin, integriti dan profesionalisme
  • TEMPATAN

IPD Kuching tekankan disiplin, integriti dan profesionalisme

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu pada perhimpunan bulanan IPD Kuching bagi Mei 2026, hari ini. Foto IPD Kuching

KUCHING: Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching diingatkan supaya terus mengekalkan disiplin, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata disiplin merupakan tunjang utama dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tanpa disiplin yang tinggi, tugas yang diamanahkan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Katanya, pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis perlu sentiasa mematuhi peraturan, menjaga penampilan diri, menepati masa serta melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan profesionalisme.

“Warga IPD Kuching perlu mengamalkan dasar penjimatan dalam pengurusan dan pentadbiran jabatan dengan menggunakan peruntukan, aset dan kemudahan kerajaan secara berhemah serta mengelakkan pembaziran, terutama ketika dunia berdepan kenaikan harga bahan api.

“Semangat kerjasama dalam kalangan warga pasukan, saling membantu dan hormat-menghormati penting dalam organisasi,” katanya pada perhimpunan bulanan IPD Kuching bagi Mei 2026, hari ini.

KETUA Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu pada perhimpunan bulanan IPD Kuching bagi Mei 2026, hari ini. Foto IPD Kuching

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pegawai penyiasat supaya sentiasa memaklumkan perkembangan kes kepada pengadu kerana ia merupakan tanggungjawab pegawai penyiasat terhadap setiap laporan polis yang diterima.

Beliau turut menegaskan supaya warga pasukan menjaga rahsia kerajaan dan tidak menyebarkan maklumat rasmi jabatan tanpa kebenaran, termasuk melalui media sosial.

Menurutnya, semua anggota perlu lebih berhati-hati dalam menangani isu sensitif dan tular serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej jabatan dan keselamatan negara.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penerima surat penghargaan pada perhimpunan tersebut dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai bukti kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

ACP Alexson berharap seluruh warga IPD Kuching akan terus memberikan komitmen terbaik, mengekalkan disiplin yang tinggi serta memperkukuhkan semangat kerjasama bagi memastikan IPD Kuching terus cemerlang dan dihormati masyarakat.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AZAM Sarawak perkukuh hubungan strategik bersama UTS
Next: DUN: Sarawak perkukuh sekuriti makanan, RUU padi jadi pemangkin kestabilan bekalan beras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.