Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DCCI sifatkan pemergian Datuk Douglas Sullang kehilangan besar komuniti perniagaan Dayak
  • TEMPATAN

DCCI sifatkan pemergian Datuk Douglas Sullang kehilangan besar komuniti perniagaan Dayak

Utusan Sarawak 2 hours ago
DEWAN Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) menyifatkan pemergian Datuk Douglas Sullang sebagai satu kehilangan besar kepada organisasi itu serta komuniti perniagaan Dayak di negeri ini. Foto DCCI

KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) menyifatkan pemergian Datuk Douglas Sullang sebagai satu kehilangan besar kepada organisasi itu serta komuniti perniagaan Dayak di negeri ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi DCCI hari ini, organisasi tersebut memaklumkan mendiang merupakan antara ahli pengasas DCCI yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan pengukuhan peranan dewan berkenaan.

Menurut DCCI, mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai naib presiden dan dikenali sebagai individu yang komited dalam memperkukuh komuniti perniagaan Dayak.

“Sumbangan, visi dan komitmen beliau dalam memperkukuh komuniti perniagaan Dayak serta pembangunan DCCI akan sentiasa dikenang dan dihargai,” kata kenyataan itu, hari ini.

DCCI turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang serta berharap mereka diberikan kekuatan menghadapi tempoh sukar tersebut.

Pada masa sama, organisasi itu berharap legasi dan jasa mendiang akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang khususnya dalam pembangunan komuniti perniagaan Dayak.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Datuk Douglas Sullang,” ucap DCCI.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak perkukuh sekuriti makanan, RUU padi jadi pemangkin kestabilan bekalan beras
Next: DUN: Transformasi SEDC penting untuk masa depan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.