Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Projek KUTS berjalan lancar
  • TEMPATAN

DUN: Projek KUTS berjalan lancar

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin menunjukkan fail teks ucapannya. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA : Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 kini telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 25.8 peratus, melibatkan reka bentuk, kerja kejuruteraan, pemerolehan tanah, dan pembinaan.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pelaburan modal bagi projek ini setakat Oktober 2024 telah mencecah RM840.47 juta, yang mencerminkan komitmen kewangan besar terhadap usaha transformasi pengangkutan awam di Sarawak.  

“Pakej utama projek KUTS Fasa 1 termasuk lima kontrak infrastruktur, dua kontrak sistem, satu kontrak Sistem Bersepadu Bas (BIS), serta kontrak baharu untuk pembekalan bas hidrogen,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.  

Dalam pada itu, Lee menekankan bahawa kesemua pakej infrastruktur dan kontrak bas dianugerahkan melalui tender terbuka bagi memastikan ketelusan dan nilai terbaik untuk wang rakyat. 

Sebagai contoh katanya, kontrak Infrastruktur Pakej 2 bagi Laluan Biru dari Stutong ke Hikmah Exchange telah diberikan kepada Perbena Emas Sdn Bhd dan China Road and Bridge Construction JV dengan nilai kontrak RM804.7 juta.  

“Pembangunan fizikal seperti pembinaan depot Rembus, Laluan Biru dan Merah, serta jambatan baharu Sistem Aliran Transit Automasi (ART) di Sungai Kuap sedang giat dilaksanakan.

“Tambahan pula, setelah Fasa 1 selesai, rancangan untuk Laluan Kuning yang bakal menghubungkan Moyan ke Hospital Umum Sarawak akan diteruskan dalam fasa berikutnya.  

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan bagi cadangan projek ART Bintulu-Samalaju, yang dijangka mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan,”jelasnya. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Pesara penjawat awam Sarawak disaran terus beri sumbangan dalam pelbagai kapasiti 
Next: DUN: Gaji, elaun ketua masyarakat, ketua kaum diselaras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.