Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Petros bakal sediakan 100,000 peluang pekerjaan
  • SEMASA

DUN: Petros bakal sediakan 100,000 peluang pekerjaan

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi

PETRA JAYA: Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bakal mewujudkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pelantikan Petros sebagai aggregator gas tunggal di negeri ini akan mempercepatkan pembangunan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR).

“Ini dijangka akan mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Sarawak.

“Ia juga akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak sebanyak lapan peratus setahun, yang merupakan elemen utama dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lidam Assan (GPS-Katibas) dan Safiee Ahmad (GPS) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Julaihi berkata, Petros sebagai aggregator gas tunggal berperanan untuk menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan peroleh, pembekalan, pengedaran dan penjualan gas asli di negeri ini.

“Ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak menerusi sumbangan sumber pendapatan baharu untuk Sarawak, memastikan bekalan yang mencukupi dan harga gas asli yang berpatutan untuk pasaran di Sarawak.

“Selain itu, ia turut memberi peluang kepada rakyat Sarawak serta syarikat tempatan mengambil bahagian dalam industri pengedaran gas asli dan meningkatkan kebajikan rakyat melalui hasil daripada industri minyak dan gas,” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: DUN: Projek Kereta Api Trans Borneo dalam proses lantik perunding
Next: Tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Sabah tidak masuk akal – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.