Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Pengurusan pelabuhan Sarawak dipusatkan di bawah SPA, Tanjung Embang mula beroperasi 2032
  • TEMPATAN

DUN: Pengurusan pelabuhan Sarawak dipusatkan di bawah SPA, Tanjung Embang mula beroperasi 2032

Utusan Sarawak 3 hours ago
 DATUK Majang Renggi menjawab soalan Kennedy Chukpai Ugon (GPS Murum) pada sidang DUN Sarawak, di Kompleks DUN. Foto: Ukas

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperkukuh struktur tadbir urus sektor pelabuhan negeri menerusi pemusatan pengurusan di bawah Lembaga Pelabuhan Sarawak (SPA) yang bakal menjadi badan kawal selia tunggal bagi semua pelabuhan di Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi, langkah itu merupakan sebahagian perancangan strategik kerajaan dalam memperkasa pembangunan pelabuhan selaras sasaran pertumbuhan ekonomi di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“SPA akan mengambil alih fungsi kawal selia pelbagai pelabuhan negeri termasuk Pelabuhan Bintulu selepas proses penyerahan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan dimuktamadkan.

“Dengan penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak, kerajaan Sarawak sedang mengambil beberapa langkah strategik termasuk pemindahan fungsi kawal selia pelabuhan-pelabuhan di Sarawak.

“SPA akan berperanan sebagai badan pengawal selia tunggal bagi semua pelabuhan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kennedy Chukpai Ugon (GPS Murum) pada sidang DUN Sarawak, di Kompleks DUN hari ini.

Mengulas lanjut, kerajaan turut melaksanakan proses pengkorporatan lembaga-lembaga pelabuhan secara berfasa bagi memastikan semua pelabuhan dikendalikan sebagai entiti komersial yang lebih cekap, berdaya saing serta mempunyai tadbir urus korporat yang kukuh.

Tambah beliau, SPA juga akan menyelaras pelan pembangunan pelabuhan bersepadu melalui pendekatan pengelompokan atau clustering bagi mengoptimumkan fungsi setiap pelabuhan mengikut kelebihan masing-masing.

“Ia bertujuan mengurangkan pertindihan fungsi selain memperkukuh rantaian logistik serta pembangunan kawasan pedalaman,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata projek mega pelabuhan laut dalam dan terminal gas di Tanjung Embang kini sedang giat dirancang oleh kerajaan Sarawak dengan kerjasama Petroleum Sarawak Berhad (Petros), dengan fasa pertama dijangka mula beroperasi pada 2032.

Selain itu, beliau memaklumkan beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan termasuk projek Projek Pengorekan dan Kerja-kerja Berkaitan di Kuala Baram yang dijangka siap pada Oktober 2026 serta penubuhan Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo yang terus mengukuhkan Bintulu sebagai hab industri minyak dan gas.

Kerajaan Sarawak turut memberi tumpuan kepada pembangunan Zon Bebas di Kuching, Bintulu, Samalaju dan Miri bagi meningkatkan aktiviti nilai tambah serta menarik pelaburan industri berorientasikan eksport.

Sementara itu, dalam menjawab soalan tambahan, beliau berkata kerajaan sedang meneliti potensi pembangunan pelabuhan darat (inland port) di kawasan sempadan sebagai usaha jangka panjang memperkukuh rantaian logistik dan perdagangan rentas sempadan, khususnya di Tebedu-Entikong melalui kerjasama serantau BIMP-EAGA dan SOSEK MALINDO.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Kerajaan pantau projek Treetops Apartments, lindungi kepentingan pembeli
Next: DUN: Sarawak perjelas syarat penubuhan pusat jagaan warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.