Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Naik taraf jalan balak di pedalaman perlu segera untuk keperluan orang ramai
  • WILAYAH

DUN: Naik taraf jalan balak di pedalaman perlu segera untuk keperluan orang ramai

Utusan Sarawak 6 months ago

Kennedy Chukpai Ugon

PETRA JAYA: Projek naik taraf jalan balak di kawasan Murum perlu dijalankan dengan kadar segera bagi menyediakan jalan raya yang selamat dan selesa untuk penduduk setempat.

Kennedy Chukpai Ugon (GPS-Murum) berkata antara jalan yang perlu diberi keutamaan termasuk bekas jalan balak ke Lusong Laku sepanjang 55 kilometer (km) dan Ulu Jelalong, Tubau (88 km).

”Jalan balak ini sering rosak teruk dan terputus ekoran jambatan yang diperbuat daripada kayu balak sudah reput dan saban hari akan runtuh selain cerun-cerun jalan sering runtuh pada musim hujan.

”(Kejadian) ini menyebabkan akses utama ke rumah-rumah panjang di kawasan ini terputus yang tentu sekali menyukarkan aktiviti harian mereka.

”Kerajaan perlu mengambil tindakan yang proaktif dan holistik dalam menyelesaikan masalah ini agar rakyat kita di pedalaman berasa tidak terpinggir atau terabai kerana pada satu ketika kawasan pedalaman ini adalah penyumbang utama kepada pendapatan Sarawak dari industri kayu balak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Kennedy turut mengutarakan agar kerajaan menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf jalan ladang bagi pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negeri.

”Saya mencadangkan kerajaan melalui Jabatan Pertanian atau Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf jalan ladang untuk pekebun kecil kelapa sawit di seluruh Sarawak khususnya di kawasan Tubau dan Sungai Asap.

”Hal ini kerana majoriti penduduknya mengusahakan penanaman kelapa sawit dan ini akan meningkatkan pengeluaran hasil kelapa sawit sekali gus akan menambah pendapatan penduduk kita,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: 30 ahli KRT sertai program anjuran AADK
Next: DUN: ADUN Kabong bawa isu projek Pemulihan Koridor Sungai Seblak ke Dewan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.