Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Kestabilan politik, ekonomi baharu jadi teras pembangunan Sarawak
  • TEMPATAN

DUN: Kestabilan politik, ekonomi baharu jadi teras pembangunan Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
DAYANG Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga).

PETRA JAYA: Isu kestabilan politik, pembangunan ekonomi baharu, pendidikan dan pembangunan luar bandar menjadi antara fokus utama dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga) ketika mencadangkan usul itu berkata kestabilan politik di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan Sarawak terus mencatat pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan.

“Sarawak kini memberi fokus kepada pembangunan ekonomi baharu melibatkan sektor teknologi tinggi, ekonomi digital, tenaga hijau, aeroangkasa dan kecerdasan buatan selaras dengan agenda pembangunan negeri.

“Pembangunan ekonomi hidrogen termasuk projek Transit Aliran Automasi (ART) berasaskan hidrogen dan penubuhan AirBorneo merupakan antara langkah strategik kerajaan negeri untuk memperkukuh ekonomi dan hubungan perdagangan antarabangsa.

“Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan modal insan serta penyediaan peluang pendidikan kepada anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Selain menyentuh dasar pembangunan negeri, Dayang Noorazah turut membangkitkan beberapa isu di kawasan Lingga termasuk hakisan pantai di Tanjung Riong, Meludam dan hakisan tebing Sungai Seduku-Lingga yang disifatkan semakin membimbangkan.

“Keadaan ini boleh menjejaskan laluan utama penduduk sekiranya tidak ditangani segera.

“Saya meminta perhatian terhadap masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan luar bandar serta isu capaian internet di Daerah Lingga dan Daerah Kecil Maludam,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan isu projek Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) di Sarawak yang menurutnya masih gagal memberi pulangan memuaskan kepada peserta.

ANYI Jana (GPS-Ngemah) bercakap pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

Sementara itu, Anyi Jana (GPS-Ngemah) yang menyokong usul berkenaan berkata Pelan Strategik Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) kekal menjadi hala tuju utama pembangunan Sarawak.

Beliau berkata kerajaan Sarawak terus memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi digital, kecerdasan buatan, tenaga hijau dan aeroangkasa bagi meningkatkan daya saing negeri.

“Pembangunan modal insan turut diberi perhatian melalui pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pelaksanaan FTES di institusi milik kerajaan Sarawak termasuk Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Universiti Curtin dan Kolej Universiti i-CATS.

“Selain itu, pembangunan luar bandar perlu terus diperkasa menerusi penyediaan jalan raya, jambatan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jaringan telekomunikasi.

“Pelaksanaan ART dan penubuhan AirBorneo juga dijangka membantu memperkukuh sistem pengangkutan serta merancakkan ekonomi Sarawak,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata perpaduan kaum dan kestabilan politik perlu terus dipelihara kerana menjadi faktor penting kepada pembangunan dan kemasukan pelaburan ke Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat KMKK Bario
Next: DUN: Penempatan buang daerah di Saratok perlu diteliti semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.