
PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Bario di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.
Gerawat ketika ditemui berkata, tujuan kunjungan hormat tersebut adalah bagi menyatakan ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak yang telah membawakan banyak projek pembangunan di Bario.
Katanya, ini termasuk beberapa projek penting seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya yang disifatkan sebagai ‘game changer’ atau pemangkin perubahan kepada kawasan Baram terutamanya Bario.