Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Kerajaan fokus pencegahan, pendidikan isu vape kalangan belia
  • TEMPATAN

DUN: Kerajaan fokus pencegahan, pendidikan isu vape kalangan belia

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menjawab soalan Chieng Jin Ek (GPS-Bukit Assek) di sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak ketika ini memberi keutamaan kepada pendekatan pencegahan, pendidikan serta intervensi awal dalam menangani isu penggunaan vape dalam kalangan belia, di samping terus meneliti keperluan dasar yang lebih menyeluruh pada masa akan datang.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah (GPS-Dalat) berkata kerajaan negeri menganggap penggunaan vape dalam kalangan belia sebagai isu kesihatan awam yang semakin membimbangkan, termasuk kaitannya dengan penyalahgunaan dadah dan bahan sintetik.

Beliau menjelaskan, ketika ini kerajaan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran awam, pencegahan serta intervensi awal melalui kerjasama pelbagai agensi, sekolah dan komuniti.

“Program kesedaran dan intervensi diperkukuhkan di sekolah dan komuniti bagi memberi kefahaman kepada belia, ibu bapa serta masyarakat mengenai bahaya ketagihan nikotin, kesan kesihatan serta risiko vape yang dicampur bahan terlarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chieng Jin Ek (GPS-Bukit Assek), pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, hari ini.

Dari aspek penguatkuasaan, beliau berkata tindakan diperhebat khususnya terhadap aktiviti vape haram yang dikaitkan dengan dadah dan sindiket jenayah, menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak serta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Menurutnya, operasi tertumpu kepada vape yang mengandungi bahan terlarang, pemantauan rangkaian pengedaran haram serta tindakan tegas terhadap penjualan kepada bawah umur.

Beliau turut memaklumkan statistik menunjukkan peningkatan kes dadah berkaitan vape daripada empat kes pada 2023 kepada 14 kes pada 2025, manakala bagi tempoh Januari hingga April 2026, nilai rampasan mencecah lebih RM700,000.

Pada masa sama, penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) terus diperkukuhkan termasuk larangan jualan kepada bawah umur, pengiklanan serta promosi produk merokok.

“Kerajaan tidak menolak kemungkinan pelaksanaan larangan penuh pada masa akan datang, namun keutamaan ketika ini adalah memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sebanyak empat kesalahan melibatkan bawah umur dikenakan kompaun di bawah Seksyen 13(3) atas kesalahan pembelian produk merokok secara haram.

Dalam tempoh sama, 253 remaja didakwa di bawah Seksyen 17(1) atas kesalahan merokok atau vape, manakala tiga penjual didakwa di bawah Seksyen 13(1) kerana menjual produk merokok kepada bawah umur.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sumbangsih perayaan bukti pendekatan inklusif kerajaan Sarawak
Next: DUN: Akses internet, jalan raya dan hospital luar bandar perlu dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.