Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: JKR Sarawak laksana 146 projek persekutuan bernilai RM2.26 bilion – Uggah
  • SEMASA

DUN: JKR Sarawak laksana 146 projek persekutuan bernilai RM2.26 bilion – Uggah

Utusan Sarawak 6 months ago

Uggah ketika menggulung perbahasan di sidang DUN. Foto UKAS

PETRA JAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kini sedang melaksanakan sejumlah 146 projek persekutuan di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM2.26 bilion. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah tersebut, tiga projek telah berjaya disiapkan, 20 projek dalam fasa pembinaan, manakala 123 projek lagi masih di peringkat pra-kontrak. 

“Projek-projek ini merangkumi pelbagai sektor pembangunan infrastruktur di seluruh Sarawak, dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemudahan awam, memajukan kemudahan asas dan memperbaiki taraf hidup rakyat di wilayah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Uggah berkata sejak diberikan kuasa untuk melaksanakan projek-projek persekutuan bernilai RM50 juta dan ke bawah, JKR Sarawak terus komited melaksanakan tanggungjawab berkenaan demi memastikan pembangunan infrastruktur di wilayah ini berjalan lancar dan memberi manfaat besar kepada rakyat Bumi Kenyalang.-EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: DUN: Kini bantuan RM1,200 untuk semua pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga – Abang Johari
Next: Hak milik pelantar benua Sarawak tidak pernah diberi kepada Kerajaan Persekutuan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.