Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Infrastruktur pengairan dan penyelarasan agensi jadi cabaran utama jelapang padi Sarawak
  • TEMPATAN

DUN: Infrastruktur pengairan dan penyelarasan agensi jadi cabaran utama jelapang padi Sarawak

Utusan Sarawak 1 hour ago
DATO Razaili Gapor (GPS Beting-Maro), membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN Sarawak di Kompleks DUN, Petra Jaya. Foto Ukas

PETRA JAYA: Infrastruktur pengairan dan sistem saliran antara perkara utama yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pembangunan jelapang padi di Sarawak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurut Dato Razaili Gapor (GPS Beting-Maro), pembangunan industri padi memerlukan penyelarasan yang baik terutama melibatkan pelaksanaan projek infrastruktur dan kemudahan sokongan.

“Kerajaan negeri perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menyelaras pembangunan sistem pengairan, saliran, jalan ladang dan logistik berkaitan sektor padi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN Sarawak di Kompleks DUN, hari ini.

Sementara itu, Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga) berkata pembangunan kawasan jelapang padi Batang Lupar masih berdepan beberapa kelemahan infrastruktur.

DAYANG Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga), membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN Sarawak di Kompleks DUN, Petra Jaya. Foto Ukas

“Ini termasuk projek pengairan dan saliran yang masih dilaksanakan secara berperingkat.

“Keadaan ini memberi kesan terhadap jadual penanaman, pengurusan air, penggunaan mekanisasi dan kos operasi petani.

“Rakyat sudah lama menunggu pelaksanaan projek pembangunan jelapang padi dan berharap kemudahan yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus) berkata masih terdapat kawasan luar bandar yang mempunyai potensi pertanian tetapi belum dibangunkan sepenuhnya disebabkan kekurangan infrastruktur dan sokongan teknikal.

WILSON Nyabong Ijang (GPS-Pelagus), membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN Sarawak di Kompleks DUN, Petra Jaya.

“Penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sarawak dapat membantu menyelaras pembangunan industri padi dengan lebih teratur dan berfokus.

“Langkah ini penting bagi memastikan pembangunan sektor padi dapat memberi manfaat kepada komuniti luar bandar serta meningkatkan pengeluaran makanan negeri secara berperingkat,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: DUN: Lebih 1,900 kes pertikaian tanah adat Bumiputera masih belum selesai di Mahkamah Bumiputera Sarawak
Next: AZAM Sarawak perkukuh hubungan strategik bersama UTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.