Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Gesa kerajaan negeri percepat pembinaan stesen minyak di Julau
  • Tengah
  • WILAYAH

DUN: Gesa kerajaan negeri percepat pembinaan stesen minyak di Julau

Utusan Sarawak 7 months ago
STESEN minyak mini di Jalan Entabai.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak digesa untuk mempercepat pembinaan stesen minyak yang pertama di Julau dipercepat bagi memudahkan urusan rakyat di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, ketiadaan stesen minyak di Julau menyukarkan penduduk apabila terpaksa ke Sibu Jaya untuk mengisi minyak.

“Saya sudah masuk penggal yang kedua namun stesen minyak masih belum dibina di kawasan saya walaupun isu ini telah berkali-kali diutarakan semasa persidangan (Dewan Undangan Negeri).

“Seperti di persidangan lepas, saya ingin sekali lagi memohon agar kelulusan Pihak Berkuasa Perancang Negeri (SPA) untuk stesen minyak baharu di Julau dipercepatkan.

“Isu ini menyebabkan rakyat (di kawasan Julau) sering menyalahkan wakil rakyat,” tegasnya yang menarik perhatian ahli DUN apabila mengutarakan isu itu dalam bahasa Iban.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 dan Usul untuk merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2025 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menurut Rolland, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meluluskan stesen minyak baharu itu pada 9 Ogos 2023.

”Sehubungan itu, Saya berharap SPA dapat menyelesaikan segala birokrasi supaya rakyat di Meluan dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana pada masa ini, mereka terpaksa pergi ke Sibu Jaya untuk mengisi minyak kenderaan.

”Hal ini mengakibatkan kos pengangkutan mereka meningkat,” tambahnya.

Jarak dari Sibu Jaya ke Julau ialah 39 kilometer dengan masa perjalanan lebih kurang 29 minit.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 450 pemimpin sertai taklimat PCDS 2030 DUN Kalaka
Next: Bomba Sarikei pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.