Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua wanita cedera kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Dua wanita cedera kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 7 months ago

Dua wanita mengalami kecederaan selepas kemalangan kendiri di bulatan menuju ke Pekan Sematan, awal pagi tadi. 

LUNDU: Dua wanita mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di bulatan menuju ke Pekan Sematan di sini, awal pagi tadi. 

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada 5.24 pagi. 

“Kemalangan itu menyebabkan salah seorang mangsa berusia 20 tahun, mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama pihak polis.

“Selepas itu, beliau dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans APM,” katanya. 

Dalam pada itu, mangsa kedua, berusia 19 tahun, tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan alat penyelamat.

“Setelah dikeluarkan, beliau juga diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. 

Continue Reading

Previous: Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia 
Next: Kaki wanita tersepit dalam kemalangan kendiri, setelah langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.