Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua rumah berkembar musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Dua rumah berkembar musnah terbakar

Utusan Sarawak 13 hours ago
KEADAAN rumah berkembar dua tingkat yang terbakar di Jalan Apollo Barat, Sibu, hari ini.

SIBU: Dua rumah berkembar dua tingkat musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Apollo Barat, di sini, hari ini.

Ketua Zon Sibu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu Sentral dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati dua buah rumah berkembar dua tingkat jenis struktur kekal sedang terbakar,” katanya ketika dihubungi media.

Menurut beliau, rumah pertama musnah hampir 90 peratus, manakala sebuah kenderaan jenis Toyota Innova yang berada di kawasan rumah itu turut terbakar sepenuhnya.

Rumah kedua pula dilaporkan terbakar sebanyak 80 peratus.

“Operasi pemadaman menghadapi sedikit kesukaran berikutan kehadiran banyak perabot serta simpanan mercun di dalam rumah yang terbakar,” katanya lagi.

Tambah beliau, setiap rumah didiami empat orang penghuni dan kesemua mereka dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Pihak bomba, berkata kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada 1.44 petang.

Punca kejadian serta jumlah kerugian, ujarnya, masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 12 hektar ladang rumbia musnah dalam kebakaran di Mukah
Next: Rumah sewa musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.