Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua remaja lelaki dikhuatiri hilang ditemui lemas
  • KEMALANGAN

Dua remaja lelaki dikhuatiri hilang ditemui lemas

Utusan Sarawak 2 years ago
Mayat kedua-dua mangsa berjaya ditemui, SAR Hari Ketiga ditamatkan.

SIBU: Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di jeti lama Durin Bazaar pada petang Jumaat lalu, ditemukan lemas, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dijumpai oleh orang awam.

“Mangsa pertama dijumpai 7.35 pagi dan mangsa kedua, 8.15 pagi. 

“Pengecaman dan pengesahan kedua-dua mangsa telah dilakukan oleh ibu dan bapa mangsa disaksikan oleh pegawai polis. Mangsa dikenali sebagai Justin Siaw dan Kong Wei Seng, kedua-duanya berusia 15 tahun.

“Penemuan itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini (14 Mei),” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian sekitar 5.00 petang Jumaat, dua remaja lelaki dilaporkan hilang ketika sedang bermain dan mandi di sungai bersama seorang lagi rakan mereka yang selamat.

Sepasukan anggota dari BBP Sibu Jaya dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan 5.34 petang.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Bayi maut, 3 cedera dalam kemalangan
Next: Lelaki warga emas melecur rumah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.