Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua remaja cedera kemalangan
  • KEMALANGAN

Dua remaja cedera kemalangan

Utusan Sarawak 5 months ago

Kedua-dua mangsa kemalangan dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Dua remaja lelaki berumur 13 tahun mengalami kecederaan selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya di Jalan Nyelong 1 di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, kemalangan berlaku petang semalam. 

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.34 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, empat anggota APM Sarikei diketuai Sarjan (PA) George William bergegas ke lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, setiba di lokasi kemalangan, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta. 

“Pasukan APM Sarikei terus membuat pengoperasian serta rawatan awal kepada dua mangsa tersebut. 

“Mangsa pertama luka di bahagian dagu dan mangsa kedua calar di bahagian siku. 

“Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya. 

Beliau berkata khidmat khas menghantar mangsa kemalangan ke hospital selesai sepenuhnya pada jam 4.58 petang. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Dua maut kemalangan berasingan, satu kes berlaku di pusingan P Pan Borneo
Next: Salah seorang individu selamat, dua lagi ditemui masih tunggu pengesahan pihak hospital   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.