Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua projek jeti baharu di Ulu Mukah siap ikut jadual
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua projek jeti baharu di Ulu Mukah siap ikut jadual

Utusan Sarawak 1 month ago
JETI Rumah Dinggai dan Rumah Jamban di Ulu Mukah kini berwajah baharu. Foto DUN Tamin 

SELANGAU: Dua projek pembinaan jeti baharu di Rumah Dinggai dan Rumah Jamban, Ulu Mukah di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin telah berjaya disiapkan sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Majlis penyerahan rasmi projek tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Pusat Khidmat DUN Tamin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang, bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu, Selasa lepas.

Setiap projek jeti tersebut bernilai RM100,000 dan merupakan inisiatif kerajaan melalui peruntukan RTP DUN Tamin bagi meningkatkan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar.

Menurut Ir. Gira, pembinaan jeti baharu itu dilaksanakan bagi menggantikan jeti kayu lama yang uzur, demi menyediakan kemudahan yang lebih selamat dan tahan lama kepada penduduk rumah panjang yang terlibat.

“Saya berharap jeti baharu berasaskan struktur besi ini dapat memberikan keselesaan dan keselamatan yang lebih baik kepada penduduk Rumah Dinggai dan Rumah Jamban, berbanding jeti kayu sebelum ini,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan mengekalkan mutu kerja yang tinggi dalam setiap projek, serta memastikan pelaksanaan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan oleh agensi pelaksana.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Kaunselor Ajan Dau yang juga Pegawai Pusat Khidmat ADUN Tamin, Tuai Rumah Dinggai, Tuai Rumah Jamban serta wakil daripada kontraktor yang terlibat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 12 ahli jawatankuasa Sarawak Skills Miri lawat BBP Lutong, raih pendedahan baharu
Next: Program ‘Vision For Future’ hadiahkan cermin mata baharu kepada 91 pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.