Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua PPS ditutup hari ini
  • TEMPATAN

Dua PPS ditutup hari ini

Utusan Sarawak 4 months ago
SEBANYAK 43 PPS masih beroperasi di 23 daerah yang terjejas manakala 37 PPS telah ditutup, hari ini.

SERIAN: Sebanyak dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Serian ditutup pada 2.00 petang ini.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dua PPS tersebut ialah SK Pangkalan Sorak dan Balai Raya Kampung Melayu Balai Ringin.

PPS SK Pangkalan Sorak, yang menempatkan 108 mangsa banjir daripada 31 Ketua Isi Rumah (KIR), serta PPS Balai Raya Kampung Melayu Balai Ringin, yang menempatkan 101 mangsa banjir daripada 29 KIR, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Dalam pada itu, seramai 9,873 orang yang melibatkan 2,900 KIR masih berlindung di 43 PPS setakat 2.00 petang ini.

Menurutnya, sebanyak 43 PPS masih beroperasi di 23 daerah yang terjejas manakala 37 PPS telah ditutup, hari ini.

Dalam pada itu, Bintulu masih mencatat jumlah tertinggi, dengan 4,901 orang daripada 1,490 KIR berlindung di lapan PPS.

Sementara itu, Bahagian Miri merekodkan bilangan PPS terbanyak yang masih dibuka, iaitu 13 buah, menempatkan 1,410 orang melibatkan 347 KIR.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bencana: Penghantaran bekalan makanan melalui udara ke pedalaman
Next: 42 PPS masih beroperasi, 39 PPS ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.