Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua persatuan terima MRP bernilai RM5,000
  • TEMPATAN

Dua persatuan terima MRP bernilai RM5,000

Utusan Sarawak 5 years ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA…Jamit menyerahkan geran MRP kepada Penghulu Wong Kie Ing bagi mewakili Persatuan Wanita Cina Kapit.

KAPIT: Dua persatuan dan sebuah kelab masing-masing menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM5,000 di salah sebuah hotel terkemuka, di sini baru-baru ini.

Geran tersebut disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat.

Penerima terdiri daripada Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoren Kapit, Persatuan Wanita Cina Kapit serta Kelab Sosial  dan Sukan Jabatan Tanah dan Survei ( LANDAS) Kapit.

Jamit menerusi ucapan ringkasnya berkata, geran yang disediakan kerajaan negeri itu adalah untuk membantu penerima melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang.

 “Ini adalah wang kerajaan untuk aktiviti sosial anda. Saya harap anda memaklumkan kepada semua ahli bahawa cek tersebut telah ditunaikan untuk menyokong aktiviti anda.

“Perkara ini penting kerana setiap ahli harus tahu dari mana dana itu datang. Ia dari pembiayaan MRP saya.

Beliau menasihatkan semua penerima supaya memanfaatkan geran tersebut dengan sebaiknya untuk menjalankan aktiviti mereka.

Tegasnya, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa prihatin terhadap keperluan dan permasalahan yang dihadapi rakyat, terutamanya dalam soal peruntukan dana.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Hargai Sabah, beri kelonggaran pergerakan di sempadan
Next: Kompleks UNIFOR cerminan dasar inklusif KM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.