Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari
  • JENAYAH

Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari

Utusan Sarawak 12 months ago
DUA pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini atas dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM23,000. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat, hari ini. FotoBERNAMA

KOTA BHARU: Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.

Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini.

Menurut sumber, kedua-dua pegawai penguat kuasa yang berusia 43 dan 29 tahun itu ditahan secara berasingan di pejabat mereka di Pengkalan Chepa, malam tadi.

Beliau berkata suspek pertama meminta dan menerima RM13,000 manakala suspek kedua pula menerima RM10,000 iaitu sebagai dorongan untuk tidak menuduh pesalah di bawah Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hanya dituduh di bawah kesalahan air kencing dan alat digunakan untuk mengambil dadah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek dan berkata siasatan masih berjalan dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: Suri rumah rugi RM20,000 terpedaya komisen tiket loteri
Next: Bicara kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 Sept depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.