KUCHING: Dua mangsa membabitkan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal, cedera parah apabila motosikal mangsa bertembung sebuah kereta, semalam.
Dalam kemalangan sekitar 11.30 pagi itu, penunggang motosikal, 45, dari Cahaya Permai Semarang Aman bersama pembonceng, 39, dari Kampung Bintawa Ulu datang dari arah Sematan ke Telok Melano merempuh sebelah kiri kereta
Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Damatarius Lautin berkata, hasil siasatan awal mendapati seorang pemandu kereta bersama tiga penumpang memandu dari arah Telok Melano menghala ke simpang Kampung Pueh Sematan.
“Ketika memasuki simpang masuk ke kanan, penunggang motosikal bersama pembonceng datang yang datang dari arah Sematan ke Telok Melano merempuh sebelah kiri kereta.
“Rempuhan itu menyebabkan kereta itu terbabas di sisinya,” katanya menerusi satu siaran media di sini, hari ini.
Damatarius berkata, kedua-dua mangsa iaitu penunggang motosikal dihantar ke Hospital Lundu bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, pemandu kereta dan penumpang dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan.
Kes disiasat mengikut seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Oleh Connie Chieng