Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua mayat ditemukan di bahagian gear pendaratan pesawat
  • GLOBAL

Dua mayat ditemukan di bahagian gear pendaratan pesawat

Utusan Sarawak 4 months ago

Salah satu pesawat JetBlue. Foto AFP

NEW YORK: Dua mayat ditemukan di dalam bahagian gear pendaratan sebuah pesawat JetBlue selepas penerbangan dari New York ke Florida, kata syarikat penerbangan itu pada Selasa.

Mayat mereka, setakat ini tidak dikenal pasti, ditemukan pada Isnin semasa pemeriksaan rutin selepas pesawat itu mendarat di Fort Lauderdale, kata JetBlue.

Syarikat itu berkata, ia sedang menyiasat identiti mangsa dan bagaimana mereka masuk ke dalam bahagian gear pendaratan pesawat Airbus itu yang terbang dari Lapangan Terbang JFK di New York.

Syarikat itu tidak memberikan maklumat mengenai penerbangan yang dibuat oleh pesawat terbabit sebelum ini di luar Amerika Syarikat.

Pendatang tanpa izin kadangkala cuba melakukan perjalanan berbahaya di bahagian gear pendaratan pesawat jet.

Pada 24 Disember lalu, mayat ditemukan di dalam bahagian sedemikian dalam pesawat United Airlines yang dalam perjalanan dari Chicago ke Maui iaitu salah satu pulau Hawaii. – AFP

Continue Reading

Previous: PM Kanada umum letak jawatan Ketua Parti
Next: Gempa bumi ragut 126 nyawa, 188 orang cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.