Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut, seorang cedera nahas pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo
  • KEMALANGAN

Dua maut, seorang cedera nahas pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo

Utusan Sarawak 3 weeks ago

TATAU: Dua individu maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik ke dalam parit di Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Bintulu-Sibu, petang semalam.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Rolland Atok Eleh, 37, dan Bayan Tubak, 60.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.39 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, dengan bantuan BBP Selangau, digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas dan terbalik ke dalam parit.

“Seorang mangsa berjaya merangkak keluar dari kenderaan sebelum ketibaan bomba, manakala dua lagi tersepit di bawah kenderaan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas maut dalam kemalangan motosikal dan kereta di Sarikei
Next: Detik cemas Alza terbabas, dua cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.