Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua maut kereta bertembung
  • NASIONAL

Dua maut kereta bertembung

Utusan Sarawak 5 years ago
DUA buah kereta yang bertembung di Kilometer (KM) 164, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Kubang Ikan menyebabka dua pemandu maut manakala dua kanak-kanak cedera. • Foto BERNAMA

KUANTAN: Dua pemandu maut manakala dua kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung di Kilometer 164 Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Kubang Ikan di sini Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata, Mohd Sharfizza Hashim, 43, seorang guru dan Tan Mong Eng, 76, pengasuh pusat asuhan kanak-kanak, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam insiden pada 3.45 petang.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Toyota Vios yang dipandu Tan dari arah Kuantan menghala ke Kemaman terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta Nissan Almera yang dinaiki Mohd Sharfizza bersama anak-anaknya.

“Dua anak Mohd Sharfizza masing-masing berusia 10 dan 14 tahun yang cedera akibat kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 Kamarulzaman berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Continue Reading

Previous: KPM tambah baik program pendidikan khas
Next: Tahanan baharu di Lahad Datu diasingkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.